Andai lelaki mengandung?

>> Tuesday, May 24, 2011

Andai lelaki mengandung?
Sudah hampir empat bulan ini si isteri mengandung. Seperti biasa, lelaki harus memainkan peranan menjadi lelaki penghibur agar duka mengandungnya hilang. Seperti kebanyakan, bila isteri mengandung pastilah ada kelecehan-kelecehan yang sebenarnya ada-ada saja. Tetapi lelaki, ya! tetap saja mahu dirinya menang sendiri. Mungkin begitu kata keluhan si isteri. 

" Yang...anak di kandungan ini ingin KFC"
"Sabar sayang, belum dapat order, banyak lagi benda keperluan lain duit nak guna... besoklah mungkin ada rezeki datang".
" Tidak...mengidam...nanti anak meradang dalam kandungan..."
"Kalau bayi dalam kandungan tak meradang, tak seronok jugak, haha! "...
" Lagi-lagi tak dituruti... Yelah, saya merajuk kat awak! :( ".
" Ibu, makan seadanya dulu. Kalau anak dalam kandungan sikit-sikit sudah diturut, nanti kalau sudah besar kita yang susah. Tentunya yang paling makan hati ibunya. Sebab dia sejak kecil setiap minta apapun selalu dituruti. Jadi kebiasaan buruk. Manja. Tidak biasa terikat dan sabar dalam mengejar cita-cita. Ego. Sedikit-sedikit dituruti sedikit-sedikit dituruti".
" Sebenarnya yang ingin KFC itu kan nafsunya ibu. Mana mungkin bayi masih suci bersih dalam kandungan tahu selera makan. Lihat, kalau ibu marah atau meradang, anaknya tendang-menendang kan?. Kan akhirnya ibunya sendiri yang kesakitan. Dia tidak mahu masuk-campur hal-hal kotor. Apapun alasannya.
Syukuri saja yang ada. Itulah nikmat wanita mengandung... salah sedikit ada yang mengingati.
"Apalagi yang mengingatkan tentang kebersihan semasa mengandung. Meninggal dunia di anggap syahid. Kerana memang di situ ada waktu sejati...."

Wow...saya nak ganti mengandung....

" Wah...wah seandainya lelaki merasakan bagaimana payahnya mengandung, baru tahu rasa... ", begitulah kata si isteri.

He...hee ;D cuma melirik si isteri yang agak merugut. Begitulah sekurangnya. Memang seronok apabila lelaki menjadi komentator. Tak pernah merasa mengandung tetapi sudah memberi komentar selayak superhero mengandung. kah3!

Sebenarnya itu semua mungkin alasan akal fikiran. Tapi sesungguhnya tidak sesederhana itu. Kata-kata seandainya lelaki mengandung itulah yang menghiburkan si isteri. Bahawa bila seorang lelaki mengetahui apa makna kejadian mengandung, tentulah ia akan rela senang hati mengganti posisi kudrat melahirkan seorang wanita. Mungkin lelaki bersedia mengandung berkali-kali demi waktu yang sangat berharga itu.

Namun hanya wanitalah yang mengetahui proses kejadian manusia mulai dari alam rahim sampai kelahiran. Lelaki hanya tahu dari kata-kata. Paling tidak sekadar mengamati. Lelaki tak pernah merasakan sesungguhnya bagaimana proses adanya manusia dari tiada menuju ada. Lelaki tak pernah ikut mengalami kesaksian tertiupnya roh ke dalam daging. Pengalaman yang tak dapat diganti dengan keterangan apapun. Tak hairan kaum lelaki lah yang paling cerewet berdebat soal Tuhan. Sebab para lelaki tak begitu faham dan sudah terlalu lupa akan kejadian di masa lahirnya.

Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya... ( Shaad :72 ).

... " Sayang! bayi bergerak !... ", begitu kata ibu-ibu ketika pertama kali kandungannya bergerak. Saat itu masuklah Roh ke segumpal daging. Si ibu menjadi saksi nyata proses itu. Satu kebahagiaan dan kerinduan begitu terasa dalam sanubari si ibu.

Dari perjalanan kerinduan ini, pemahaman ibu secara tak disedari akan berbelah-bagi dan membingungkan sampai akhir hayat. Manakah yang harus dia cintai ?, menyanjung puja siapa?, menimang-nimang dan mensujudi satu kejadian? Kepada roh yang menggerakkan daging ataukah  ke atas daging yang tak kuasa bergerak yang kita sebut anak ?

Bila seorang ibu mampu menempuh jalan rohani, maka dia tidak lagi terikat dengan konsep material. Rasa sayangnya meluap-luap memenuhi jasad. Begitu faham bahawa roh itu satu walau terpisah oleh daging yang bernama ibu dan anak. Tumpuannya hanya pada si penggerak. Si ibu akan menjadi komander utama membawa anak kembali kepada Allah.

Bagi si ibu sejati, anak adalah wasilah terhebat menuju Tuhan. Karier profession peribadi tak ada apa-apa bila di banding kemuliaan berkarier menjadi ibu. Sebab bagaimana mungkin karier peribadi yang hanya berisi imbuhan perolehan dunia dapat dibandingkan sejajar dengan karier seorang ibu dalam menjaga anaknya ? Sebegitu syirik kah kita saat ini ?

Tak hairan kalau Rasulullah menyuruh kita untuk berbakti kepada ibu sampai tiga kali lebih besar daripada ke seorang ayah. Syurga pun di bawah tapak kakinya. Tapi bagaimanakah kita memahami dan merealisasikan hadis syurga berada di telapak kaki ibu? Adakah wujudnya keinginan untuk syurga?, ketika ibu sedang berjalan kemudian kakinya ditarik-tarik oleh anaknya  untuk sekadar melihat ada tidaknya syurga di tapak kakinya ? haha!

Telapak adalah alat melangkah dimana akan meninggalkan jejak. Bila si ibu sering menjejakkan kaki ke supermarket, tentu si anak akan ikut sering ke supermarket. Akhirnya anak merasa terbiasa dengan tempat itu. Di situlah dia akan menganggap supermarket sebagai rumah kedua. Ia akan menganggap supermarket sebagai tempat paling menyenangkan, yakni syurga. Rumahku syurgaku. Kalau sudah begini, biasanya ayahnya yang berada di neraka. Stress. Jejak tapak kaki si ibu begitu menentukan model syurga anaknya.

Proses berbakti seorang anak adalah mengamati langkah kaki si ibu. Lalu mampukah kita disebut berbakti bila kita melihat si ibu yang sedang kelelahan hidupnya dalam mencari kerinduan roh kemudian langkahnya tidak betul hampir terjatuh tapi kita membiarkan? Terjatuhnya ibu ke tempat yang tak layak akan mempengaruhi seorang anak untuk mengikutinya.
Sebab anak adalah kasih rohani ibu.

***

Fuhh...Pengorbanan yang tiada tanding tiada bandingnya. Ya Allah, semoga engkau beri Khusnul Qatimah pada setiap ibu. Tak ada yang mampu saya berikan selain doa itu. Sebab dari segi apapun ibu saya jauh lebih hebat.

Ikatan batin ibu dengan anak memang luar biasa. Memunculkan kerinduan dan kejengkelan yang sangat hebat. Dua sifat yang luar biasa ini bagaikan mihrab tersunyi pengantar proses mi'raj. Suasananya begitu syurgawi atau sebaliknya. Ibu dan anak adalah dua sinergi yang bahu membahu saling melepaskan keterikatan wujud material demi mencapai makna hidup. Roh

Mungkinkah setiap isteri kita mengalami hal demikian terhadap anak-anak kita ?
Para lelaki harus mencari tahu terhadap isterinya sendiri... -sendiri.
BERGURU kepadanya tentang kelang-kabutnya mencari si buah hati sejati. Roh.

Untuk itu, bersiaplah dicerewet. Anggap saja si isteri sebagai pelatih profesional dalam menundukkan hawa nafsu demi persaksian dengan Roh. Setiap pertarungan sejati perlu pelatih dan sparring partneryang handal untuk menggapai kemenangan. Daripada berguru ke orang lain bayar mahal kan lebih baik wang diberi kepada isteri sendiri. Best kan, sudah dicerewet kene bayar pulak....

Tak hairan kenapa setiap proses ijab kabul harus dengan syahadah. Sebab makna pernikahan adalah menempuh kebaruan hidup menjadi mahluk yang bersaksi atas proses ketuhanan. Memulai mencari asal manusia dan merasakan getaran hebat sampai tahap tersungkur di atas perjalanan Roh. Sayangnya, dada kita hanya bergetar hebat dag dig dug (haha! teringat lagu dag dug... apapun... terima kasih sebab dah baca sampai sini) dan tubuh kita tersungkur K.O hanya pada malam pertama saja. Ehhmm... Hee!


ternyata ibu saya adalah guru tanpa kata...


Mari bersedekah Al-Fatihah kepada setiap ibu agar kita
lebih mudah mengingati asal kejadian. Roh

Wassalam, semoga bermanfaat.

0 komen:

  © Aliffcullen.blogspot.com

Kembali ke ATAS