Cinta

>> Sunday, May 22, 2011

Cinta




Inginku berkata-kata,
Bersuara meluahkan segala,
Perasaan yang terpendam,
Nun jauh di bucu hatiku,
Tersemat erat rasa sayang,
Yang tiada pernah ku ketahui,
Selama aku berupaya menjalani,
Setiap perasaan yang tercipta,
Yang terbit dari lubuk jiwa,
Yang sentiasa memendam,
Duka dan cita berbeza;

Hati ini jualah,
Walau telah dilukai,
Berulang kali dan ketika,
Namun tetap ku setia,
Mencintainya dan dia sahaja,
Tanpa pernah sekalipun,
Mengharap mahupun meminta,
Agar diberi segala peluang,
Yang tersedia di hadapannya,
Juga tidak pula sanggup,
Untuk hanya berputus asa;

Namun jiwaku ini,
Tidak selembut,
Jua tidak sekental,
Yang ku sangka,
Juga dipercayainya,
Kerana aku tiada pernah,
Mengahalang perasaan,
Jua tiada menerbitkannya,
Dalam diriku yang kerdil ini;

Perasaan kasih ku ini,
Hanya dapat ku fahami,
Walau sebenarnya,
Sukar untuk ku pastikan,
Samada ia yang setulusnya,
Kerana cinta sejati,
Hanya terbit dalam hati,
Tanpa diriku sendiri,
Mengetahui kehadirannya,
Kelahirannya yang amat bermakna.

  © Aliffcullen.blogspot.com

Kembali ke ATAS