Ketika cinta bertasbih

>> Tuesday, May 24, 2011

Ketika cinta bertasbih
Doakanlah aku di solat malammu , rembulan di langit hatiku. Waktu ini usia aku sudah menginjak umur 23 tahun. Sebagai seorang lelaki, tentu sudah harus untuk bersiap-sedia untuk menuju kehidupan baru menuju mahligai perkahwinan. Sebuah fasa kehidupan yang menurut cerita sahabat-sahabat begitu indah dan mengasyikkan. Dan kini, “provokasi” ke arah perkahwinan itu begitu sekali diceritakan, dihembuskan oleh nafas sahabat-sahabatku. Aku menghargainya, tapi aku tetap memiliki rencana tersendiri akan bila waktunya. Jangan ditanya, adakah tidak ingin cepat-cepat berkahwin? Terus-terang, aku ingin menyegerakannya kerana itulah jalan untuk menggenapkan separuh sinar kehidupan. Dan aku yakin, lelaki lainnya pasti juga berfikiran begitu, tak jauh berbeza dengan pemikiranku.


Siapa yang tidak ingin segera berjihad, bekerja bersama kekasih hatinya. Kadang, ada yang mengatakan "Bila nak kahwin". Ketika diajukan pertanyaan seperti ini, aku hanya mampu tersenyum saja. Rumusannya begitu. Tak perlu disusulkan berlebihan, apalagi dengan rasa amarah. Tak ada gunanya. Lebih baik, pendam diam-diam dalam hati, sambil serius untuk melangkahkan kakinya menuju perkahwinan itu. Kalau sudah bersedia, itulah saatnya “Ucapkan Cinta". Tapi, bagaimana ketika cinta itu datang tiba-tiba dan kita belum bersedia (ini berlaku kepada lelaki). Kalau belum sedia untuk berkahwin, sangat rawan kalau kita ucapkan cinta. Aku tidak tahu bagaimana perasaan seorang perempuan kalau harus menunggu dalam penantian. Sahabat. Yang terpenting bagi kita waktu ini adalah berbuat yang terbaik untuk diri dan lingkungan sekitar kita. Jangan ucapkan cinta kalau kita belum bersedia. Lebih baik, menyibukkan diri dulu dengan aktiviti yang bermanfaat sekaligus menyiapkan bekalan yang cukup untuk menyambut "bidadari itu". Bila waktunya sudah tepat, baru ucapkan cinta. Percayalah, dengan cara seperti ini, insyallah kita akan meraih impian-impian kita. Jangan terlena dengan bayangan-bayangan yang masih samar. Sekarang kita berbuat yang terbaik, dan bekerja semaksima mungkin sepanjang yang kita boleh. Insyallah, ketika kita serius dalam menjalani hidup dengan niat suci. Insyallah, Allah SWT akan memberikan yang terbaik pula kepada hambanya.


Mengenai siapa jodoh kita, hal itu tak begitu penting. Yang terpenting adalah visi yang sama, kerana itulah yang akan menyatukan dua insan menuju waktu-waktu besar dan kehidupan bahagia. Kemudian, bagi para perempuan solehah, bersabarlah. Kerana kesabaran terbukti membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Contohlah Khatijah, dengan begitu, Insyallah akan manis pada akhirnya.

0 komen:

  © Aliffcullen.blogspot.com

Kembali ke ATAS