Mencari jodoh?

>> Tuesday, May 24, 2011

Mencari jodoh?
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Bismillahirrahmanirrahim..

Hanya sekadar berkongsi sedikit tip sahabat.. (pasti suka...? ske lettew, suka kan? hehe) okay... tentang jodoh.. siapa mahu tahu?? (jom baca selanjutnya)

" JODOH itu harus di-USAHA-kan dan di-IKHTIAR-kan "

Tip-tip ringkas jodoh :
- Niatkanlah hanya kerana Allah.
- Hanya untuk mengharapkan redha-Nya.
- Mengenal bukan bererti harus bertentang muka, bercakap langsung (suara dengan suara), boleh sentuh sana, sentuh sini. Atau lebih jelasnya untuk saling mengenal," TIDAK " perlulah melalui aktiviti " dating ".
- Tapi, jika kita memang ingin mengenalnya. Kita boleh mengikutinya secara diam-diam hanya untuk mengetahui aktiviti apa saja yg dia lakukan untuk mengetahui baik tidaknya kerana biasanya boleh diketahui dari aktiviti itu ( ingat! jangan berlebihan ), atau dengan bertanya pada jiran tetangganya ( biasanya orang lain akan lebih mudah menilai ), kalau memang sudah yakin baik, merupakan termasuk krateria yang anda cari. Jadi? tunggu apa lagi!? Segera datanglah ke orang tuanya.. hehe ( takkan la terus masuk meminang kot...? Patah hati nanti...?? :P )
Lakukanlah dengan cara yang baik. Bukan bererti kerana ' cinta ' semua jadi halal adanya. Boleh cucuk sana, cucuk sini, dusta sana, dusta sini. Asal terus maju untuk dapatkan apa yang dimahu (lantas Allah di mana? bukankah Allah itu Maha Tahu? )
- Selalu ingatkan pada diri.
"Pasangan hidup itu dicari", bukan kerana kecantikan/ketampanan ' paras ' yang dengan itu bangga dipamerkan. Bukan kerana banyaknya 'harta' yang takkan habis tujuh keturunan (tidak lihatlah..? jika Allah sudah berkehendak. Tunami datang menerjah... harta benda yang menjadi kebanggaan tak akan ada ertinya lagi, nyawa saja tidak dapat diselamatkan kerananya).

" Pasangan hidup itu dicari ", kerana kita sedar kita tidak akan pernah mampu untuk berjalan sendiri dalam mengharungi ombak badai kehidupan ini, kita memerlukan seseorang untuk selalu setia dalam mengharungi hari, dengan cuaca yang tak selalu pasti, setia dalam suka mahupun duka, dalam tangis ataupun ketawa, dalam mewujudkan mimpi dan harapan bersama ( anak-anak yang soleh dan solehah, keluarga bahagia, ... dll ) " rumahku syurgaku=baitti jannati " dan terutama.. untuk menggapai redha-Nya. Bersama di dunia hingga syurga-Nya yang abadi. (Amin. ^^)
- Sabar, syukur, pasrah, yakin, percaya, dan doa (Janji Allah itu pasti!!! :)

*** Mungkin begitulah kurang lebihnya jodoh dalam asam garam kehidupan kita.. dalam usaha dan ikhtiar untuk mendapatkan jodoh terbaik kita. Semoga dengan cara seperti di atas.. memudahkan langkah kita untuk mendapatkan redha-Nya. Mendapatkan pasangan yang insya-Allah sesuai dengan suara HATI. Pasangan yang 'soleh' untuk para wanita solehah, muslimah, abang, makcik, nenek, ( yang bergelar kaum hawa-lah... :) dan pasangan yang ' solehah ' untuk para jejaka soleh, mukmin, abang, pakcik, ( yang bergelar kaum adam-lah... :)
Amiin...

***"Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang hitam mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu" ( Al-Baqarah:221 )
 "Maka wanita-wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya, oleh kerana itu Allah memelihara mereka" ( An-Nissa:34 )

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik" ( An-Nur:26 )

Semoga ada manfaatnya untuk sahabat semua..http://fb.com/notacinta
Yang baik datangnya dari Allah dan jika ada kekurangan datangnya dari saya sendiri...

0 komen:

  © Aliffcullen.blogspot.com

Kembali ke ATAS