Aku ingin cinta yang halal
>> Tuesday, May 24, 2011
Aku ingin cinta yang halal |
Di sebalik episod, tentang keindahan, kebahagiaan dan kasih sayang
Tahukah kita, apa yang mendasari semuanya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan cinta yang membentang
Cinta...
Bagai mutiara yang tersembunyi di sebalik batu karang
Putih, bersih dan suci diatas mahligainya
Menjadi satu isyarat tentang sebuah makna
Dalam keutuhan azam yang membentang
Cinta....
Aku ingin cinta yang putih, bersih dan suci
Bahkan lebih dari itu tentang cinta
Cinta yang berharga dalam hitungan Asma-Nya
Cinta yang tak hanya sekadar duniawi
Aku ingin cinta yang halal bersama dalam setiap keberkatan-Nya
Walaupun, akan menjadikannya semakin berwarna
Dalam putihnya hati nurani
Cinta...
Seperti mutiara yang semakin bercahaya
Bahkan lebih ketika mahar keimanan menjadi satu yayasan
Bukan lagi berkata, aku ingin dan aku mahu
Kerana cinta telah mengajarkan kita tentang keindahan
Hanya sejauh mana kita mahu
Belajar menjadi pecinta sejati
Cinta yang halal...
Berapa banyak dari kita yang mengharapkannya
Sehingga bukan lagi untuk menghalalkan segala cara
Kerana cinta mengajari kita mengerti dan memahami
Tentang erti sebuah keikhlasan
Seberapapun engkau, aku dan kamu
Milikilah cinta diatas cinta yang benar
Berpijak pada satu kekuatan yang satu
Kerana Allah tidak mahu cemburu
Dan Allah tidak mahu cemburu
Biarlah...semua akan indah pada waktunya
Tentang cinta yang halal
Tentang kedewasaan cinta-Nya, cintaku dan cintamu
Diatas jalan yang halal
dan berakhir dengan keberkatannya...
Semoga.... HALAL
0 komen:
Post a Comment