Cintailah dalam hening

>> Tuesday, May 24, 2011

Cintailah dalam hening
Duhai gadis, mahukah aku beritahu padamu bagaimana mencintai dengan indah?
Inginku bisikkan bagaimana mencintai dengan syahdu.
Maka dengarlah..
Gadis, Waktu aku jatuh cinta..
Tak akan aku ucap..
Tak akan aku kata..
Namun aku hanya akan diam..
Waktu aku mencintai, takkan pernah aku menyatakan.
Tak akan aku tuliskan..
Yang aku lakukan hanyalah diam..

Aku tahu, cinta adalah fitrah..sebuah anugerah tak terhingga..
Kerana cinta adalah kehidupan. Kerana rasa itu adalah cahaya. Aku tahu, hidup tanpa cinta, bagaikan hidup dalam gelap gelita.. Namun.. waktu rasa itu menyapa, maka hadapi dengan keanggunan. Kerana rasa itu ibarat belenggu pelangi, dengan begitu banyak warna. Cinta membuatmu bahagia, namun juga membuatmu menderita. Cinta ada kalanya manis bagaikan gula, Namun juga mampu memberi pahit yang sangat getir. Cinta adalah perangkap rasa.. Sekali kau salah berlaku, maka kau akan terkongkong dalam waktu yang lama dalam lingkaran derita.

Maka gadis, agar kau dapat keluar dari belenggu itu. Dan mampu melaluinya dgn anggun.. Maka cintailah dalam hening. dalam diam.. Tak perlu kau lari, tak perlu kau hindari. Namun juga, jangan kau singkapi dgn berlebihan. Jangan kau luah rasamu. Jangan kau tumpahkan segala sukamu..

Cubalah merenung sejenak dan fikirkan dengan tenang.. Kita percaya takdir bukan? Kita tahu dengan sangat jelas... Dia, Allah telah mengatur segalanya dengan begitu rapinya? Jadi, apa yang kau risaukan? Biarkan Allah yg mengaturnya, Dan yakinlah di tangan-Nya semua akan baik saja..

Cubalah renungkan... Dia yang kau cinta, belum tentu atau mungkin tak akan pernah menjadi milikmu.. Dia yang kau puja, yang kau ingat saat siang dan yang kau tangisi ketika malam, Akankah dia yang telah Allah takdirkan denganmu?

Gadis, kita tak tahu dan tak akan pernah tahu.. Hingga saatnya tiba.. Maka, ku ingatkan padamu, tidakkah kau malu jika semua rasa telah kau luahkan... Namun ternyata kelak bukan kau yg dia pilih untuk memenuhi hidupnya? Gadis, kerana cinta kita begitu agung untuk di luahkan.. Begitu mulia untuk di tampakkan.. Begitu pejal untuk di tumpahkan..

Dan sedarilah gadis, fitrah kita wanita adalah pemalu, Dan kau indah kerana sifat malumu.. Lalu, masihkah kau tampak menawan jika rasa malu itu telah di nafikan? Masihkah kau tampak bestari jika malu itu telah kau singkapkan.. Duhai gadis, jadikan malu sebagai selendangmu.. Maka tawan hatimu sendiri dalam sangkar keimanan.. Dalam kesetiaan... Kesetiaan padanya yg telah Allah tuliskan namamu dan namanya di Lauhul Mahfuzh.. Jauh sebelum bumi dan langit di cipta..

 Maka cintailah dlm hening. Agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu, Maka cukuplah Allah dan kau yg tahu segala rasamu.. Agar kesucianmu tetap terjaga.. Agar keanggunanmu tetap terbias..

Maka, ku beritahukan padamu, Pegang kendali hatimu..Jangan kau lepaskan. Acuhkan semua godaan yg menghampirimu.. Cinta bukan untuk kau hancurkan, bukan untuk kau musnahkan.. Namun cinta hanya memerlukan untuk kau kendalikan, hanya cukup kau arahkan..

Gadis... yg kau perlukan hanya waktu, sabar dan percaya..
Maka, peganglah kendali hatimu, Lalu..arahkan pada Nya.. Dan cintailah dalam diam.. Dalam hening.. Itu jauh lebih indah..

Jauh lebih suci

0 komen:

  © Aliffcullen.blogspot.com

Kembali ke ATAS